Training Video 3

Tutorial Asas Fotografi

Nak belajar fotografi, kena start dari mula. Ramai yang datang pada saya dan terus nak dapatkan ilmu lighting dan editing yang advanced. Masalahnya apa itu exposure pun masih terkial terkial lagi. Tahu adalah tidak sama dengan faham dan untuk faham, perlu ada solid understanding bukan saja pada features kamera, tapi juga pada imej yang nak dihasilkan.

Training Video 4

Tutorial Adobe Photoshop

Terdapat banyak ilmu photoshop yang kita boleh pelajari di youtube hari ni. Saya pun banyak belajar dari youtube. Jika kita dah faham asas photoshop, agak mudah nak faham apa saja tutorial yang dihidangkan. Tetapi kalau baru nak bermula, kita perlu belajar dari struktur silibus yang memang dirangka khas untuk mereka yang baru nak bermula. Ada yang nak belajar terus teknik editing advanced, tapi masih tak faham tentang masking. Dan ada yang nak belajar teknik masking tapi file format atau resolution pun masih belum faham. Problem dia datang bila kita tak tau yang kita tertinggal perkara yang penting perlu difahami.