Jika anda memilih sesi unlimited, kami tidak mengira berapa jumlah gambar yang kami rakamkan. Semua gambar akan kami serahkan pada pelanggan dalam bentuk digital softcopy. Unlimited bermaksud rakaman yang tidak terhad dalam jumlah masa yang ditempah. Anda boleh bergambar dengan keluarga dalam pelbagai pose, atau dengan sesiapapun dalam masa tersebut. Tempoh perkhidmatan adalah mengikut tempoh masa yang anda tempah.

Sekiranya anda memilih 20 minit tempoh perkhidmatan, kami akan merakam secara terus menerus dalam tempoh ini. Semua gambar yang dirakam akan terus dipaparkan pada skrin tv 40 inci dihadapan anda untuk anda review. Anda boleh menyemak keadaan pakaian, gaya, senyum dan apa saja yang anda pentingkan melalui paparan tersebut. Semakin panjang tempoh rakaman yang anda pilih, semakin banyak gambar yang boleh anda rakamkan dan anda mempunyai pelbagai pilihan gambar yang boleh anda kongsikan bersama ahli keluarga dan kawan kawan.

Berbanding dengan perkhidmatan studio gambar tradisional yang menggunakan filem dan menetapkan berapa jumlah gambar yang anda rakam, kami memilih mengikut arus teknologi dan memberikan anda pilihan untuk mempunyai kawalan dalam setiap gambar yang dihasilkan. Dengan itu anda boleh memastikan setiap gambar yang anda perolehi adalah mengikut kemahuan anda sendiri. Anda tak perlu lagi berteka teki samada gambar anda dihasilkan dengan baik kerana anda sendiri dapat melihat hasil rakaman secara serta merta.

Ada juga Pelanggan yang mempunyai

Tetapi perlu diingat yang walaupun kami boleh merakam begitu banyak gambar tanpa had, kadangkala ada pelanggan yang menganggap setiap petikan gambar itu tidak bernilai apa apa dan harganya adalah percuma. kami adalah sebuah perniagaan yang menjalankan perkhidmatan, dengan pelbagai kos peralatan kamera dan computer pemproses yang tinggi , kos setup studio dan elektrik yang tinggi, Juga perlu diingat kepakaran yang dijana dari lebih 15 tahun perkhidmatan sangatlah bernilai tinggi, jadi amat penting untuk pelanggan mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui. Sebagai contoh, meminta kami memanjangkan masa perkhidmatan secara percuma, secara ringkasnya tidak kelihatan begitu baik. Sekiranya anda memerlukan terma yang diluar syarat ditetapkan, anda sentiasa boleh berbincang bersama kami terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi anda.

Mengapa sesi unlimited?

Kami menawarkan sesi unlimited pada asalnya kerana 3 sebab utama, pertama, ramai pelanggan di zaman social media ini lebih mementingkan gambar yang boleh di kongsikan di instagram, facebook dan whatsapp. Selalunya mereka perlu merakam dalam pelbagai aksi dan gaya supaya mereka boleh memilih gambar yang lebih sesuai dengan apa yang mereka ingin kongsikan.

Sebab kedua adalah kerana terdapat pelanggan yang lebih detail dan particular dalam memilih gambar mereka. Ada yang ingin kesempurnaan yang tinggi. Untuk menepati keperluan ini, proses rakaman selalunya diperlukan dalam tempoh yang lebih lama dan proses penelitian semasa menilai gambar adalah lebih terperinci. Selalunya dalam studio foto tradisional, pelanggan boleh memilih satu gambar dari banyak banyak gambar yang dirakam utk dicetak, dan mereka perlu membeli gambar tersebut dengan harga yang tinggi. Kami memilih untuk tidak menjual pergambar sebaliknya menjual masa perkhidmatan yang dipilih dan memberikan semua hasil kerja kami kepada anda.

Free styles poses

Proses rakaman fotografi di AD Studio. 1